2.1 sistem vokal, perubahan sintaksis, diftong, diftongisasi dan

2.1 PENGENALAN

Pada bab ini akan pengkaji akan membincangkan tentang penggunaan
teori yang digunakan. Teori tersebut akan digunakan secara mendalam terperinci.
Selain itu berdasarkan kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dijadikan
sebagai rujukan akan diulas setiap satu dan berdasarkan kajian lepas tersebut
akan di kritis. Di samping itu juga pada bahagian ini akan membuat penjelasan
tentang kosa ilmu yang digunakan. Kosa ilmu sangat penting kerana akan
mengukuhkan kajian ini.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

2.2 ULASAN KOSA
ILMU

 Salah satu buku yang
digunakan dalam kajian ini ialah buku bertajuk Khazanah Dialek Melayu yang dihasilkan oleh James T.Collins. Buku
ini mengandungi 3 bahagian iaitu pemerian deskriptif, telah penggolongan, dan
gejalan persebaran. Maklumat yang dibincangkan dalam buku ini mengkhususkan
sistem vokal, perubahan sintaksis, diftong, diftongisasi dan sebagainya yang
berkaitan dengan dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Selain
itu buku ini juga menceritakan tentang sejarah dialek-dialek di Malaysia dan
cabang-cabang subdialek yang terdapat di negara ini.

            Selain itu juga
kajian ini menggunakan buku fonologi generatif iaitu teori dan penerapan yang
ditulis daripada Zaharani Ahmad. Buku ini membincangkan beberapa gagasan dan
konsep asas yang mendasari teori fonologi generatif dan kemudian menerapkannya
untuk menghuraikan beberapa dialek-dialek Melayu. Antara aspek yang disentuh
dalam buku ini ialah termasuk gagasan representasi  dalaman, atur maklumat nahu dalam
fonologi  dan juga dialektologi generatif.
Dalam kandungan buku ini juga jelas terperinci tentang teori ini. Buku ini
sesuai digunakan untuk pengkaji bahasa kerana buku ini juga menjelaskan
dialek-dialek bahasa Melayu yang wujud dalam bahasa Melayu.

            Di samping itu
juga dalam kajian juga menggunakan buku fonetik dan fonologi iaitu siri
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang ditulis oleh Indrawati Zahid dan
Madrian Shah Omar. . Buku ini menjelaskan tentang bidang bunyi bahasa dan fitur
perbezaannya. Selain itu juga buku ini menumpukan kepada kajian fonetik akustik
dan kaedah kajian fonetik eksperimental. Buku ini mengandungi sembilan bab dan
setiap bab tersebut menjelaskan secara terperinci tentang perbezaan fonetik dan
fonologi dalam setiap sudut. Buku ini juga meneliti korpus bahasa Melayu bagi
melihat aspek-aspek yang belum pernah dikaji melalui kaedah fonetik
eskperimental seperti intonasi dan kesantunan.

            Seterusnya adalah
buku Susur Galur Bahasa Melayu. Buku ini ditulis oleh Asmah Haji Omar.
Buku ini memaparkan tentang sejarah dialek-dialek yang terdapat di Malaysia dan
menceritakan setiap dialek samaada 
mempunyai vokal, konsonan, frikatif dan sebagainya. Dalam dialek Perak
terdapat subdialek-subdialek yang berbeza dan subdialek tersebut mempunyai
sebutan yang tidak sama dengan subdialek-subdialek yang lain. Contohnya
subdialek Parit dengan subdialek yang lain. Subdialek Parit merupakan asas
kepada dialek Perak. Di daerah Parit pula terdapat dua bahagian iaitu Parit
tengah dan Parit utara. Manakala bagi dialek Kelantan pula subdialek Kota Bharu
pula merupakan dialek standard yang dituturkan oleh golongan atasan di
Kelantan. Sistem vokal dialek Kelantan mengandungi lapan iaitu vokal kardinal
dan vokal sekunder. Di samping itu juga dialek Kelantan juga terdapat
subdialek-subdialek dalam satu subkawasan. Contohnya adalah kawasan Pasir Mas
Utara dengan Pasir Mas Selatan. Kedua-dua subkawasan tersebut mempunyai
perbezaan dalam pengucapan i dalam 
suku akhir kata tertutup. Bagi subkawasan utara mempunyai
kecendurungan  untuk mengucapkannya sebagai
i, tetapi di subkawasan selatan kecendurungannya adalah e.
Jelaslah buku ini menceritakan tentang dialek-dialek yang terdapat di Malaysia
dan memaparkan bunyi-bunyi bahasa setiap dialek.

2.3 ULASAN
KAJIAN LEPAS

            Terdapat banyak
pengkaji-pengkaji terdahulu yang membuat tentang tentang dialek yang terdapat
di dalam Negara ini.. Hal yang demikian terdapat keunikan yang tersendiri
apabila dialek-dialek yang dituturkan oleh masyarakat tertentu yang menyebabkan
banyak pengkaji mengkaji dialek-dialek tersebut dan banyak skop yang dikaji
oleh mereka. . Kajian-kajian yang telah dihasilkan sebelum ini sangat penting
untuk dijadikan rujukan kepada pengkaji dan sebagai titik permulaan kepada
pengkaji baharu untuk memulakan dan menghasilkan sesuatu kajian yang terkini
dan lebih baik berbanding kajian-kajian yang sebelumnya serta untuk mengisi
kelompangan kajian-kajian yang terdahulu.

            Salah satu kajian
lepas yang boleh dijadikan rujukan untuk kajian ini adalah Inventori vokal dialek Kelantan dan dialek
Negeri Sembilan menggunakan
teori fonologi generatif yang dilakukan oleh Adi Yasran Abdul Aziz dan Nur
Liana Zainal Abidin pada tahun 2016. Kajian ini melihat perbandingan iaitu
persamaan dan perbezaan  inventori vokal
segi fitur distingtif dan penyebaran kedudukan vokal-vokal tersebut. Teori
fonologi generatif merupakan teori yang diaplikasikan dalam kajian. Teknik
kerangka teoretis digunakan dalam kajian ini iaitu datanya berdasarkan teori
fonologi generatif atau dikenali juga sebagai teori linear. Selain itu, kaedah
kepustakaan, tinjauan deskriptif, temu bual dan juga rakaman digunakan untuk
kajian ini manakala bahan kajian pula ialah senarai kata daripada data
sekunder. 20 responden iaitu 10 responden daripada penutur natif dialek
Kelantan dan 10 lagi daripada penutur natif dialek Negeri Sembilan telah
melakukan temu bual dan rakaman bersama. Dapatan kajian mendapati bahawa
pendapat tentang inventori vokal bagi dialek Kelantan adalah sama dengan Negeri
Sembilan sama ada daripada pengkaji fonologi generatif dan juga pengkaji
fonologi. Dialek Kelantan mempunyai enam vokal iaitu /i/, /e/, /?/, /o/, /u/
dan /a/. Walau bagaimanapun, terdapat percanggahan pendapat tentang jumlah
vokal dialek Negeri Sembilan. Ahli fonologi generatif berpendapat vokal /?/
masih wujud dalam bentuk dalaman dalam perkataan dialek Negeri Sembilan
manakala pengkaji fonologi berpendapat hanya ada lima vokal dalam dialek itu
iaitu vokal /?/ tidak wujud dalam dialek Negeri Sembilan.

            Kajian
lepas seterusnya adalah  kajian yang bertajuk Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian
Semula oleh Adi Yasran Abdul Aziz pada Disember 2010 didapati bahawa
penulis tidak menghuraikan secara menyeluruh akan kaedah pemgumpulan data yang
dilakukan dalam kajian tersebut. Kaedah pengumpulan data adalah penting untuk
dinyatakan dalam setiap kajian yang ingin dilakukan agar maklumat yang
dianalisis itu diyakini akan keasliannya.

            Manakala kajian
yang dilakukan oleh Siti Noraini Hamzah, Zaharani Ahmad dan Norhasimah
Jalaluddin pada tahun 2017 pula mengkaji
migrasi masyarakat luar dan pengaruh dialek di Perak iaitu suatu analisis
geolinguistik. Permasalahan kajian ini adalah terdapat kepelbagaian
subdialek di Perak akibat daripada migrasi masyarakat luar dan persempadan
negeri. Akibat daripada permasalahan kajian tersebut, pengkaji telah membuat
dua objektif kajian iaitu yang pertama iaitu mengenalpasti pertembungan yang
wujud antara dialek luar dengan dialek tempatan dan yang kedua adalah untuk
meneliti kehadiran pengaruh dialek Melayu Patani dan Banjar di daerah Utara
Perak dan dialek Rawa. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah teknologi
geolinguistik. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh mendapati bahawa kawasan
Larut Matang dan Selama, Kerian, Hili Perak dan Batang Padang merupakan antara
daerah yang menerima migrasi masyarakat luar dari selatan Thai, Kalimantan dan
Sumatera.

            Kajian Shahidi A.H
dan Rahim Shahidi A.H dan Rahim Aman iaitu pengaruh dialek dalam pertuturan bahasa Melayu Standard: pencerakinan
bunyi berasaskan spektogram.
Permasalahan kajian ini adalah disebabkan 
berlakunya  pengaruh dalam dialek
Melayu Kelantan dalam bahasa Melayu standard yang dituturkan oleh penutur
natif. Objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti pola penasalan yang akan
diteliti berasaskan analisis spektografik dan objektif yang kedua pula adalah
menumpukan analisis ini pada suku kata akhir perkataan sasaran yang dituturkan
oleh penutur Melayu Kelantan ketika bertutur dalam dua konteks berbeza, iaitu
ketika berbahasa  Melayu standard dan
tidak standard (dialek Melayu Kelantan). Hasil kajian tersebut mendapati data
rakaman perbualan langsung menunjukkan bahawa penutur Melayu Kelantan begitu
cenderung melakukan perendahan vokal (perubahan ciri fonetik vokal) dan
pengguguran nasal(ketiadaan penanda konsonan nasal9).

            Semetelahan itu, kajian Onset Mora Dalam Dialek Kelantan: Analisis
Tatatingkat Kekangan (2009) yang dilakukan oleh Adi Yasran Abdul Aziz
dan Zaharani Ahmad. Permasalahan kajian ini adalah Hasil analisis mendapati
bahawa kata prosodik dalam dialek Kelantan bersamaan dengan kaki (foot),
iaitu dua suku kata di bawah analisis segmental. Kekangan ini menyebabkan input
yang mengandungi tiga suku kata akan menggugurkan suku kata pertamanya untuk
membentuk output yang bersuku kata dua. Dalam teori mora standard, penguguran
segmen menyebabkan pengapungan mora yang kemudiannya dihubungkan dengan vokal
yang berdekatan lalu menghasilkan vokal panjang. Walau bagaimanapun analisis
ini tidak dapat menjelaskan fenomena onset geminat seperti dalam kata ssaka
(pusaka) dalam dialek Kelantan. Dalam analisis teori optimaliti, masalah ini
ditangani dengan meletakkan kekangan TIADA VOKAL PANJANG (*VP) lebih tinggi
daripada kekangan TIADA GEMINAT (*GEM) dalam hierarki kekangan. Tatatingkat ini
membolekan calon onset geminat muncul sebagai output optimal.

            Kajian tentang penggunaan kata ganti nama dialek Kelantan dalam aplikasi whatsapp
yang dilakukan oleh Karim Harun dan Azrizan Abu Bakar ini meneliti  penggunaan kata ganti nama diri dalam dialek
Kelantan dalam Whatsapp Messenger.
Kajian ini mengambil data aplikasi whatsapp sebagai data kajian dengan
mengambil kira sejarah perbualan sebanyak 1060 mesej dan dihantar melalui emel
seterusnya dicetak untuk mengambil data tersebut. Model Grid Speaking (Hymes
1974) digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa kata ganti
nama diri dalam dialek Kelantan adalah unik dan bervariasi. Kata ganti nama
diri yang digunakan juga mempunyaikedudukan yang tidak tetap sebagai kata ganti
nama diri pertama, kedua dan ketiga. Daripada segi penggunaan, kata ganti nama
diri pertama lebih banyak digunakan berbanding kata ganti nama diri yang lain.
Kata ganti diri ‘ambo’ merupakan yang paling kerap digunakan selain daripada kito,
kawe, kite, ambe, dan kambo. Di samping itu, ejaan
bagi satu-satu kata ganti diri juga tidak tetap selain daripada maksudnya yang
juga berubah, contohnya ore, ogre, oram, orng, kotram,
kokram dan kore. Penemuan ini diharap dapat membantu penyelidik
bagi memahami variasi kata ganti nama diri dialek Kelantan yang digunakan
secara meluas dalam aplikasi WhatsApp yang tentunya berbeza
penggunaannya secara lisan yang lebih terhad iaitu ambo, aku, kawe,
kito, demo, kami, mu, awok, dio, demo tu dan sdaro.

            Kajian lepas yang seterusnya adalah
kajian mengenai proses pemanjangan vokal
dalam dialek hulu sik-Kedah yang dilakukan oleh Nor Fadzila Ab. Hamid dan
Rahim Aman.  Kajian ini mengkaji fenomena
pemanjangan vokal dialek Kedah. Kajian ini menggunakan teori fonologi generatif
model non-linear. Hasil kajian ini mendapati bahawa dialek hulu sik-Kedah  ini ternyata tidak membenarkan kehadiran dua
vokal secara berurutan. Sekiranya, terdapat dua vokal hadir secara berurutan,
maka kekangan dalam perkataan itu akan berlaku iaitu vokal pertama akan
mengalami pengguguran dan vokal yang kedua pula mengalami pembundaran. Kesan
daripada proses pembundaran dan peninggian ini, vokal akan mengalami
pemanjangan kerana vokal pada segmen melodi menghubungkan garisan pada segmen
skeletal atau gatra V yang kosong pada tingkat skeletal. Secara keseluruhannya,
ternyata teori fonologi autosegmental model skeletal KV ini mampu menangani
ataupun menghuraikan fenomena pemanjangan yang berlaku dalam DHSK secara
berpada.

            Sementelahan itu, kajian mengenai variasi kata ganti nama dialek di Pesisir
Sungai Perak.  Kajian ini dilakukan
oleh Zaharani Ahmad, NorHashimah Jalaluddin, 
Norlisafina Sanit  dan Harishon Mohd Radzi. Objektif kajian ini
adalah mengenal pasti penggunaan variasi leksikal bagi ketiga-tiga KGN dialek
yang dituturkan di pesisir Sungai Perak. Dapatan kajian telah dapat membuktikan
bahawa Perak Tengah adalah kawasan asli dialek Perak dengan memberikan sempadan
geografi yang tepat berbanding kajian terdahulu. Buktinya, beberapa kampung di
Perak Tengah menggunakan varian Kuala Kangsar kerana faktor topografi dan
migrasi. Pada masa yang sama, wujudnya tiga varian untuk mereka, iaitu /dem?/
untuk Kuala Kangsar, /dem?/ untuk Perak Tengah dan /depa/ untuk dialek Kedah.
Diandaikan sukukata /dem?/ menjadi asas sukukata bagi tiga varian ganti nama
yang tersebut. Sesungguhnya GIS mampu memberikan huraian penyebaran dialek
Melayu pesisir Sungai Perak dengan lebih sistematik dan meyakinkan.

2.4 ULASAN
KRITIS

Pada bahagian ini ulasan terhadap kajian lepas dilakukan untuk
melihat kelemahan dan kekuatan terhadap pengkaji-pengkaji terdahulu.

Kajian yang dilakukan oleh NurLiayana Zainal Abidin dan Adi Yasran
Abdul Aziz adalah berkaitan dengan perbandingan inventori vokal dialek Kelantan
dan Negeri Sembilan pada tahun 2016. Manakala kajian yang dilakukan oleh Adi
Yasran Abdul Aziz pada tahun 2010 adalah mengkaji inventori vokal dialek Melayu
Kelantan iaitu satu penilaian semula. Kedua-dua kajian ini mempunyai perbezaan
kerana terdapat satu kajian yang melakukan perbandingan dengan dialek lain dan
satu lagi tidak membuat perbandingan. Namun begitu terdapat persamaan terhadap
kedua-dua kajian ini kerana kedua-duanya mengkaji inventori vokal dalam dialek
Kelantan. Namun begitu terdapat percanggahan pendapat  antara pengkaji fonologi dan fonologi
generatif terhadap jumlah vokal dialek Kelantan dan Negeri Sembilan. Hasil
kajian bagi kajian yang dilakukan oleh NurLiayaana Zainal Abidin dan Adi Yasran
mendapati bahawa pendapat tentang inventori vokal Kelantan adalah sama dengan
Negeri Sembilan iaitu pengkaji fonologi generatif berpendapat vokal /?/ masih
wujud dalam bentuk dalaman dalam perkataan dialek Negeri Sembilan manakala
pengkaji fonologi pula berpendapat bahawa hanya lima vokal dalam dialek Negeri
Sembilan. Hasil kajian yang dilakukan oleh Adi Yasran berkenaan dengan
inventori vokal mendapati bahawa dialek Kelantan mempunyai enam fonem vokal.
Kedua-dua kajian ini dilihat mempunyai persamaan iaitu untuk membuktikan
percanggahan pendapat yang berlaku antara tokoh tentang fonem vokal bagi dialek Kelantan.

            Selain
itu terdapat juga kajian yang membuat perbandingan iaitu kajian yang dilakukan
oleh Shahidi AH, Rahman Aman, Ab. Samad Kechot, 
dan Sharhaniza Othman yang membuat perbandingan fonologi Melayu Sadong
Sarawak dengan Melayu Semenanjung. Hasil kajian ini mendapati bahawa dialek
Melayu di Lembangan, Sadong mempunyai ciri linguistik yang tersendiri  yang berbeza dengan dialek lain seperti dialek
Melayu Kuching, Melayu Saribas mahupun Melayu Sibu. Di samping itu juga dialek
ini juga menunjukkan  bentuk bukti
kesejajaran fonologinya dengan beberapa dialek Melayu di Semenanjung Malaysia.
Berbeza dengan kajian yang dilalukan oleh Siadatul Afiqah Samasu dan Adi Yasran
Abdul Aziz yang mengkaji inventori fonem konsonan dialek Melayu Kuching
Sarawak. Kajian ini dilakukan kerana untuk membuat penilaian semula terhadap
pengkaji lepas berkaitan inventori fonem konsonan dialek ini kerana terdapat
percanggahan jumlah fonem dan status fonem konsonan dialek ini. Hasil kajian
mendapati bahawa dialek ini mempunyai 17 fonem konsonan dan sekaligus telah
membuktikan jumlah sebenar fonem bagi dialek ini. Kedua-dua kajian ini
menunjukkan perbezaan yang ketara meskipun menggunakan teori yang sama dan skop
kajian juga berbeza.  

            Kajian
yang dilakukan NorFazila Abd Hamid dan Rahim Aman adalah mengenali pemanjangan
vokal dalam dialek Hulu Sik Kedah iaitu Satu Penerapan Teori Fonologi
Generatif. Kajian ini berbeza dengan kajian-kajian yang lain kerana kajian ini
menggunakan teori fonologi generatif 
model non-linear. Model ini lebih dikenali sebagai fonologi
autosegmental dan merupakan kelangsungan kerja daripada teori fonologi
generatif. Skop kajin ini adalah lebih menjurus kepada kawasan Hulu Sik di
Kedah.  Hasil daripada kajian ini
mendapati bahawa dalam dialek Kedah ini ternyata wujud proses pemanjangan vokal
dan dialek ini tidak membenarkan kehadiran vokal secara berurutan kerana pada
vokal pertama mengalami pengguguran dan kemudian yang kedua pula mengalami
pembundaran. Ternyata teori model non-linear ini berjaya menangani dan menghuraikan
fenomena pemanjangan vokal yang berlaku secara berpada terutama sekali dari
segi pemerhatian, pemerian dan penjelasan.

            Kajian
yang dilakukan oleh Adi Yasran Abdul Aziz dan rakan-rakan berkenaan dengan
pengglotisan geseran /s/ dalam bahasa Kerinci. Bahasa Kerinci adalah bahasa
yang dituturkan di Kampung Lui, Hulu Langat Selangor. Kehadiran bahasa tersebut
ke dalam negara ini  adalah disebabkan
oleh mobility dan perpindahan penuturnya yang berasal daripada Sumatera Barat
Indonesia namun mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bahasa Melayu. Kajian
yang dilakukan ini berbeza dengan kajian-kajian yang sebelum ini kerana kajian
ini melihat perbezaan sistem sebutan di antara kedua-dua negara. Namun begitu
skop kajian ini adalah melihat pertuturan bahasa Kerinci yang dituturkan oleh
penutur yang menetap di Sungai Liu.

2.5
PENERAPAN  TEORI

Teori fonologi generatif diperkembangkan  oleh Chomsky dan Halle (1968). Teori ini
merupakan bidang yang mengkaji bunyi bahasa dan menerapkan ilmu sains (Chomsky
dan Halle 1868). Ahli-ahli fonologi generatif telah membahagikan  segmen bunyi bahasa kepada struktur, iaitu
reprensentasi fonologi dalaman dan representasi fonetik yang dihubungkan
melalui set-set atur rumus.

            Perubahan dan
perbezaan pendekatan fonologi bagi menjelaskan proses fonologi yang berlaku
dalam teori fonologi generatif kerana kegagalan mengenal pasti bentuk fonem
yang terdapat dalam sesuatu bahasa atau dialek akan menyebabkan kegagalan dalam
menentukan proses fonologi yang berlaku. Menurut Farid (1998) salah satu
matlamat utama fonologi generatif adalah untuk menjelaskan proses-proses
fonologi yang berlaku yang mengubah representasi fonetik dalam bentuk
rumus-rumus. Dalam fonologi generatif sebab-sebab berlakunya perubahan bunyi
adalah dijelaskan berdasarkan pematuhan terhadap rumus fonologi tertentu. Rumus
terbentuk secara konseptual berdasarkan proses fonologi yang berlaku daripada
bentuk fonemik/dalaman kepada bentuk fonetik/luaran. Proses fonologi ini
terbahagi kepada tiga iaitu proses perubahan, pengguguran dan penyisipan.
Selain itu teori ini juga mengandungi proses peleburan, pembundaran, perendahan
vokal, peninggian vokal.

2.5.1 Proses
Pengguguran

Pengguguran ialah proses yang menghilangkan atau meluluhkan sesuatu
segmen sama ada konsonan ataupun vokal. Sekiranya peluluhan itu melibatkan
konsonan, maka proses tersebut dinamakan pengguguran konsonan, dan sekiranya
bunyi vokal yang terlibat, maka proses yang berlaku itu dinamakan pengguguran
vokal. Pengguguran konsonan berlaku apabila satu suku kata yang berakhir dengan
konsonan (KVK,VK) bertemu dengan suku kata yang bermula dengan (KV,KVK), maka
terbentuklah rangkap konsonan (KVKK, VKKV). Maka, pengguguran dilakukan untuk
menghapuskan rangkap ini. Manakala pengguguran vokal pula berlaku dengan
menggugurkan perkataan vokal di dalam bahasa Melayu standard sama ada pada
sukut kata hadapan atau belakang.

 

2.5.2 Proses
Penyisipan

Proses penyisipan bemaksud satu proses fonologi yang memasukkan
atau menyelitkan segmen tertentu ke dalam bentuk dasar. Proses ini bertujuan
untuk menghapuskan kehadiran segmen yang berangkap dan ia melibatkan penyisipan
konsonan dan penyisipan vokal. Penyisipan konsonan adalah melibatkan suku kata
konsonan yang digunakan dalam bahasa Melayu standard iaitu dengan  menyisipkannya ke dalam bahasa Melayu
standard. Manakala penyisipan vokal pula melibatkan suku kata vokal dimasukkan
ke dalam sesuatu perkataan. Kebiasaanya penyisipan tersebut berlaku kerana
perkataan tersebut disebut dengan perkataan yang mengandungi suku kata  yang lain. Penyisipan tersebut menyebabkan
berlakunya perbezaan sebutan dan ejaan.

 

2.5.3 Proses
Peleburan

Proses peleburan berlaku adalah disebabkan oleh terdapatnya dua
vokal yang bersebelahan dalam satu suku kata. Oleh hal sedemikian dua vokal
tersebut akan dileburkan dengan menggantikan satu huruf vokal yang lain. Sama
seperti dengan peleburan konsonan iaitu apabila dua huruf konsonan
bersebelahan.Gabungan konsonan tersebut akan digantikan dengan konsonan yang
lain menjadi satu konsonan. Dalam proses konsonan juga terdapat peleburan
konsonan dan vokal. Peleburan vokal dan konsonan pula melibatkan  satu-satunya
proses yang melibatkan vokal dan konsonan sekaligus apabila melalui proses
struktur suku kata. Peleburan vokal dan konsonan berlaku apabila huruf vokal
dan konsonan sesuatu perkataan itu dileburkan menjadi satu vokal yang lain.

 

2.5.4 Proses
perendahan vokal dan peninggian vokal

Proses perendahan vokal adalah melibatkan vokal berlaku apabila
terdapat vokal yang mengalami penurunan tingkat dalam rajah pengelasan vokal.
Manakala proses peninggian vokal pula berlaku berlawanan dengan proses
perendahan vokal iaitu vokal yang meningkat tingkatnya dalam rajah pengelasan
vokal itu.

 

2.5.5 Proses
pembundaran

Proses pembundaran adalah proses dimana satu huruf vokal sesuatu
perkataan itu berubah daripada mulut hampar kepada bundar.

 

2.6 KESIMPULAN

Kesimpulannya dalam bab ini pengkaji menjelaskan dengan terperinci
tentang teori yang digunakan dalam kajian ini. Penggunaan teori amat penting
untuk memperlihatkan aliran kajian yang kajian dilalukan. Selain itu juga
kajian lepas amat penting untuk dijadikan sebagai rujukan kepada kajian ini.