BAB3 : METODOLOGI3.1 Pengenalan            Metodologi merupakan elemen yangbegitu penting dalam memperolehi data dan informasi yang tepat bagi mencapaiobjektif kajian.

Dalam bab ini akan menghuraikan mengenai kaedah bagaimanakajian ini telah dijalankan dan juga pengkaji ingin tahu mengenai hubunganantara keselesaan termal penduduk dan pembangunan terhadap suhu panas lembab.Melalui bab ini, terdapat beberapa kandungan yang akan menumpukan kepada latarbelakang tempat kajian, reka bentuk kajian, persampelan, kaedah pengumpulandata, kawasan kajian, instrument kajian, kaedah-kaedah dalam penganalisis datadan kod etika. Menurut Othman (2001) menyatakan metodologi sebagai suatuprosedur yang sistematik dalam menggabungkan pendekatan kajian serta analisisdata bagi memastikan prestasi penyelidikan dapat dicapai dengan sempurna.

 3.2 Kawasan KajianKajian ini telah dijalankan di sekitarkawasan Majlis Pebandaran Bandar Baru Bangi. Kawasan ini meliputi bandar Kajangdan Bandar Baru Bangi (Rujuk Rajah 5)Rajah5. Lokasi Taman Perumahan Mengikut KawasanSumber:Google Map3.2.2Bandar Baru BangiBandar Baru Bangi adalah merupakansebuah bandar yang terletak di mukim Kajang iaitu kira-kira 25km dari bahagiantenggara Kuala Lumpur. Bandar Baru Bangi ini terletak di bawah kuasapentadbiran Majlis Perbandaran Kajang atau nama singkatannya MPKj. Keluasankawasan Bandar Baru Bangi yang telah dibangukan adalah 2,925 hektar.

Pembangunannya dilaksankan secara berperingkat-peringkat bermula pada tahun1977. Banadar Baru Bangi dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu antaranya Seksyen1, Seksyen 2, Seksyen 3 dan Seksyen 4. Juga, terdapat empat tambahan iaituSeksyen 5, Seksyen 10, Seksyen 11 dan Seksyen 16. Namun kajian ini hanya mengambilSeksyen 1 dan Seksyen 2 sebagai sampel kajian.

Pengkaji telah memilih kawasan utamaBandar Baru Bangi dan mengambil kawasan seksyen 1 dan seksyen 2 sebagai tempatmenjalankan kajian berhubung dengan keselesaan termal dalam iklim panas lembab dipembangunan Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat penduduk tempatan dan jugapenduduk antarabangsa di dua kawasan tersebut yang akan diambil sebagairesponden dalam kajian. Dalam usaha mendapatkan data pada peringkat permulaan,pengkaji telah mendapatkan persetujuan dan kebenaran dari pihak pejabat FakultiSains Sosial untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam kajian. Antaramaklumat yang akan diperolehi adalah seperti latar belakang Bandar Baru Bangi,jumlah keseluruhan penduduk yang terdapat dalam kawasan Bandar Baru Bangi danjumlah keseluruhan penduduk mengikut kawasan seperti seksyen 1 dan seksyen 2.Di samping itu, pengkaji juga mestilah meminta kebenaran untuk menemu bualpihak atasan yang berkaitan dengan tajuk kajian ini di bahagian-bahagian yangterlibat. Maklumat tambahan seperti bacaan suhu atau keselesaan termal individudi kawasan seksyen 1 dan seksyen 2 diperolehi daripada kalangan penduduk.  3.3 Pengumpulan DataKaedah kajian yang dipilih haruslahbersesuaian dengan persoalan kajian (Bogdan dan Biklen, 1998).

Menurut Fraenkeldan Wallen (1993) secara umumnya data bermaksud segala yang diperoleh olehpengkaji dalam kajian yang dijalankan. Juga, data membawa maksud angka,kejadian atau fakta kaar yang diolah mengkiut keperluan bagi mendapatkanmaklumat daripada sampel. Rajah6: Elemen dalam Pemerolehan Data Primer Dalam kajian ini, pengkaji telahmenggunakan dua jenis data iaitu kaedah pengumpulan data primer dan datasekunder. Pertama, data primer (primary) sebagai data kuantitatif, iaitudata-data yang di kumpul melalui kaedah borang soal selidik dan soalan temubual. Data primer juga diperolehi melalui kerja lapangan iaitu melalui pengukuransuhu ke atas sampel yang dipilih di kawasan kajian.

Ringkasan pemerolehan data primerdapat dilihat pada Rajah 6. Borang soal selidik merupakan satu set soalan yang telahdibentuk dan akan diedarkan kepada responden untuk dijawab. Borang soal selidiktersebut mengandungi soalan butiran peribadi, pandangan dan persepsi respondenterhadap tahap keselesaan termal penduduk. Selain itu, borang soal selidik yangdiedarkan juga mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk mendapatkan datamengenai tahap keselesaan terma penduduk mengikut masa dan keberkesanankeselesaan termal dan pembangunanoleh pihak Perbandaran Bandar Baru Bangi. Kajian ini telah menggunakan kaedahpencerapan suhu di lapangan iaitu pengkaji telah melakukan pengukuran suhu didalam dan luar rumah responden. Kaedah pengukuran suhu telah mengambil sebanyak20 buah rumah sebagai sampel daripada 60,000 populasi kajian. Sampel rumahkediaman sebesar 5% daripada populasi telah dipilih secara rawak. Pengukuransuhu dijalankan di rumah bangle, teres satu tingkat, teres dua tingkat,apartmen dan pangsa.

Stesen persampelan ini meliputi rumah-rumah yang terdapatdi Seksyen 1 dan 2 di Bandar Baru Bangi. Pengukuran suhu telah dijalankan untukmenilai keselesaan terma di dalam rumah mengikut jenis rumah dan waktu yangtelah ditetapkan. Seterusnya, kaedah temu bual dengan menemu bual penduduk disekitar Bandar Baru Bangi. Sementara data kualitatif iaitu data-data yangdikumpulkan melalui temubual dan pemerhatian juga sebagai data primer.Manakala kedua, data sekunder(secondary) sebagai semakan dokumen juga melalui kajian di perpustakaan ataupusat sumber yang jelas melalui buku, kajian lepas, arkib dan sebagainya. 3.4 Reka bentuk kajian danInstrumen KajianSecara mulanya kajian ini adalah kajiankuantitatif terbentu deskriptif bagi mengenalpasti dan mengkaji secara empiricaldan sistematik berkaitan tahap keselesaan termal dalam iklim panas lembab. Kajianini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan.

Kajian tinjauan termasukdalam kajian yang diklasifikasikan oleh Mohd Majid Konting (1998) merupakansalah satu jenis kajian dalam penyelidikan deskriptif. Menurut Creswell (2005)reka bentuk kajian tinjauan adalah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif dankualitatif yang mana pengkaji menjalankan satu tinjaun terhadap sampel ataukeseluruhan populasi.   Rekabentuk kajian ini adalah sesuaidigunakan untuk menjelaskan tentang sesuatu kes yang terpencil, jugamenjelaskan sama ada data signifikan atau tidak signifikan dan menjelaskankemunculan data-data baru (Morse, 2003). Manakal Morgan (1998) pula telah menyatakanbahawa reka bentuk ini sesuai digunakan untuk menjalan satu kajian kuantitatifdan diikuti pula oleh kajian kualitatif. Seterusnya reka bentuk kajian inisesuai digunakan kerana pengkaji dapat menggunakan ciri-ciri responden daripadadapatan kuantitatif yang akan dijalankan seterusnya (Creswell dan Clark,2007). Oleh yang demikian, kajian ini sesuaimenggunakan Reka bntuk Penjelasan (Explanatory Design) berdasarkan saranaCreswell dan Clark (2007), Morgan (1998) dan Morse (2003). Menurut Creswell danClark, reka bentuk ini dijalakan melalui dua fasa iaitu melalui fasa pertamadengan kajian kuantitatif dan kemudiannya disusuli dengan fasa kedua dengankajian kualitatif. Seterusnya, laporan penyelidikan dilakukan berdasarkandapatan kuantitatif diikuti dengan dapatan kualitatif seperti yang ditunjukkandalam Rajah 7 (Creswell dan Clark, 2007).

Rajah7: Reka Bentuk Penjelasan (Explanatory Design)Sumber : Creswell dan Clark (2007)  3.4.1 Soal selidik Soal selidik adalah digunakan untukmendapatkan data dalam kajian kerana ia merupakan cara yang paling berkesanuntuk mendapatakan maklumat daripada responden yang ramai. Manakala, menurutMohd Sheffle (1995), soal selidik merupakan nadi bagi menjalankan pengkajiankuantitatif kerana ia adalah penghubung di antara penkaji dengan responden. Soalselidik noleh ditadbir dengan cepat, mudah dan meliputi kawasan yang luas disamping mempunyai faedah yang tersendiri iaitu dari segi kos dan masa. Oleh yang demikian, tidak hairanpenggunaan soal selidik ini merupakan salah satu kaedah yang paling populardalam kalangan pengkaji-penkaji kerana mudah ditadbir dengan baik (MohamadNajib, 1999).

                                                       i.           Prosedur menjalankan soal selidikBorang soal selidik ini terbentuk tertutupdan tebuka dan disediakan dalam tiga bahagian (Bahagian A, B dan C) yangberkaitan maklumat Latar Belakang Peribadi, Latar Belakang Keluarga, Maklumatdi Sekitar Bandar Baru Bangu atau Persekitaran Luard an Tahap Keselesaan Termapenduduk. Borang soal selidik ini mempunyai 18 soalan. Responden dikehendakimenjawab semua soalan dengan teliti. Respoenden juga dikehendaki mengisi namadi muka depan borang soal selidik  tersebut untuk memudahkan pengkaji menganalisibutiran maklumat tersebut.

Setiap jawapan yang mempunyai nama adalah sulit dan identitiresponden tidak akan didedahkan semasa soal selidik ini digunakan sebagailampiran dalam analisis tersebut.  Jadual 5 Ringkasan Borang Soal Selidik Bahagian Tema persoalan Item borang soalselidik A Maklumat am, latar belakang keluarga dan sosioekonomi ·         Jantina ·         Status pelajar ·         Tempoh menetap di BBB ·         Pendapatan isirumah ·         Bilangan isirumah ·         Jenis kediaman   B Persepsi Responden ·         Sensasi terma ·         Pergerakan udara ·         Kelembapan bandingan ·         Tahap keselesaan ·         Penerimaan terhadap suhu ·         Keinginan terma C Kesihatan dan Ruang Rumah ·         Alahan ·         Tahap kebersihan rumah ·         Masalah kesihatan ·         Kepadatan penduduk  3.4.2 Kaedah pengukuransuhu Alat pengukuran parameter keselesaanterma ( thermal comfort multistation) ini dibekalkan oleh pihak InstitutPenyelidikan Tenaga Suria (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia (Rajah 8), dimana perisian Adam View digunakan untuk merekodkan data parameter seperti suhuambien, suhu radian purata, tekanan udara, kebisingan, halaju angina kelembapanbandingan, kepekatan gas karbon dioksida dan pencahayaan.  Rajah8: Alat Pengukuran Parameter CuacaSumber:Universiti Kebangsaan Malaysia  Stesen persampelan yang dipilih mewakililima jenis rumah yang berbeza daripada segi saiz, rekabentuk dan persekitaran.Pengukuran suhu telah dilakukan di stesen-stesen terpilih selama beberapaminggu pada bulan Januari 2018 hingga bulan Februari 2018. Pengukuran suhudilakukan menggunalan alat higrometer yang mencatakan bacaan jangka suhu bebulibasah dan bebuli kering. Bacaan suhu dilakukan di ruang tamu.

Manakalapengukuran suhu di luar rumah pula dilakukan di kawasan yang teduh. Bacaan suhudiambil selama empat hari berturut-turut iaitu pada jam 9.00 – 11.00 pagi,12.00 – 1.

00 tengah hari, 4.00 – 6.00 petang dan 8.00 – 10.00 malam bagimendapatkan purata bacaan suhu pada waktu-waktu tersebut. Suhu udara di luarrumah turut direkodkan untuk membandingkan dengan bacaan suhu di dalam rumah.

Ia menunjukkan bahawa apabila suhudigabungkan dengan kelembapan bandingan 100% tindak balas akan berlaku. Tindakbalas yang sama dirasai oleh orang yang diuji dengan gabungan suhu dankelembapan yang sedia ada. Untuk kajian ini, nilai suhu yang dikira adalahdalam unit darjah Celcius (ºC). Batasan selesa untuk indeks ini ialah 18.9 ºChingga 24.

5 ºC. Had ini pernah digunakan oleh beberapa orang penyelidik iaituSham (1977) dan beberapa orang penyelidik lagi.  Untuk kajian ini, nilai suhu yang dikiraadalah dalam unit darjah Celcius (ºC). Batasan selesa untuk indeks ini ialah18.

9 ºC hingga 24.5 ºC. Had ini pernah digunakan oleh beberapa orang penyelidikiaitu Sham (1977) dan beberapa orang penyelidik lagi. 3.4.3Temu bualMenurut Patton (1980), terdapat tiga jenisteknik temubual iaitu formal, temubual tidak formal dan temubual terbuka.Selain itu, terdapat tiga jenis temubual iaitu temubual berstruktur, temubualsepara berstruktur dan temubual tidak berstruktur.

  36   Oleh keranalatarbelakang penduduk tidak sama, maka kaedah separa berstruktur digunakanuntuk mengumpulkan maklumat tentang persepsi keselesaan termal dalam iklim panas lembab di pembangunan Bandar BaruBangi. Temubual dengan penduduk merupakan data utama bagi penyelidikan ini. Seterusnya,penyelidikan ini telah menemubual seramai sepuluh orang penduduk sebagairesponden kajian ini.

Beberapa temubual dijalankan ini adalah untuk mendapatkan beberapa maklumat yang diperlukandan mendapat beberapa kepastian tentang kesan keselesaantermal yang dialami olehpenduduk apabila berada dalam iklimpanas lembab. Temu bual pentingbagi mendapatkan kepastian yang lebih lanjut mengenai keselesaan termal dalam iklim panas lembab dipembangunan terhadap persepsipenduduk di Bandar Baru Bangi. Dengan menggunakan kaedah ini, peluang yang lebihterperinci kepada pengkaji untuk menerangkan tujuan kajian yang dijalankan.Selain itu, pengkaji juga dapat menerangkan beberapa soalan yang sukar untukdifahami oleh responden.3.

4.4Melalui rujukanKaedah pengumpulan datamelalui rujukan merupakan data skunder yang dikumpul secara langsung daripadasumber-sumber tertentu yang mempunyai kaitan dengan kajian yang dilakukan.Merujuk kepada artikel-artikel yang berkaitan, jurnal, rujukan dan sebagainyamelalui buku-buku, keratin surat khabar dan seangkatannya, pengkaji akan lebihmudah mendapat maklumat dalam mengkaji kajian yang dijalankan. Selain itu,sumber-sumber ini dapat memberi sokongan kepada kajian yang dilakukan.        3.

5Persampelan       3.5.1 Populasi KajianPopulasi dalam kajianini merupakan penduduk atau individu yang berkait rapat dengan kajian ini. Populasimerujuk kepada satu kumpulan elemen atau kes, sama ada individu, objek atauperistiwa yang menurut kriteria yang terperinci ataupun inidividu yangkeputusannya boleh dibuat sebagai kesimpulan umum yang dapat menarik perhatianpengkaji dalam melakukan penyiasatan atau kajian. Pemilihan kepada populasiyang diambil adalah melihatkan kepada Populasi pendudukSelangor seramai 4,188,876 orang dengan keluasan 7960 kilometer persegi. Manakala, BandarBaru Bangi dapat menampung seramai 60,000 orang penduduk termasuk semua bangsa, status, jantina dan peringkatumur.

Responden yang berumur 20 tahun dan ke atas. Faktor ini adalah pentingbagi kajian untuk mendapatkan jawapan dan maklum balas melalui pemikiran yangkreatif.  3.5.2Sampel Kajian Menurut Mohd.

Majid Konting (2000),persampelan merupakan satu proses mendapatkan sampel bagi mewakili populasi. Kaedahpersampelan telah mengambil seramai 50 orang sebagai sampel daripada 60,000populasi kajian. Sampel kajian sebesar 10% daripada populasi telah dipilih secararawak mudah.

Persampelan adalah satuproses memilih responden yang melibatkan pemilihan beberapa ciri yang berkaitandengan kajian daripada jumlah populasi. Persampelan dilakukan kerana populasipelajar di Bandar Baru Bangi adalah sampel saiz yang besar. Pemilihan respondendalam kajian ini adalah menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian(probability sampling), kaedah persampelan secara rawak dalam prosesmendapatkan data melalui pengedaran borang soal selidik. 3.

6 Kaedah PenganalisaanDataDalam menganalisaandata yang didapati, pengunaan perisian computer Statistical Package for SocialSciences (SPSS) penting untuk mendapatkan data yang diperlukan supaya dataditerima dapat dianalisis dengan betul. Tujuan ini adalah untuk membolehkanpenyelidik mendapatkan keputusan bagi mengetahui masalah dan menyelesaikanmasalah pembolehubah yang diketengahkan. Berpandukan kepada objektif kajianyang dijalankan, pengkaji dapat menerima hasil daripada data yang dibuat sertamengikut kepada skop kajian yang telah ditetapkan.3.6.1 Analisis kebolehpercayaan (Reliabilityanalysis)            Analisiskebolehpercayaan yang dilakukan adalah untuk menguji konsistensi dan kekuatanbagi setiap data yang dikumpulkan. Suatu ukuran yang menggambarkan kesesuaiankadar kebolehpercayaan bagi setiap objektif yang dikumpul supaya mempunyaihubungan yang sistematik.

 3.6.2RegressionPenggunaan analisis regression dalam kajian ini adalah untukmenguji pembolehubah yang mana paling mempengaruhi tahap keselesaan termaldalam iklim panas lembab. Pembolehubah yang mempunyai nilai significant akan ditentukan untukmelihat punca yang paling utama terhadap tahap keselesaan termal dalam iklimpanas lembab. Regression ini untuk menguji pembolehubah berdasarkan objektif. 3.7 Kod etikaDalam kajian ini, kod etika ditekankanoleh pengkaji terutamanya semasa menemu bual responden. Hal ini keranabertentangan mata dengan orang yang ditemu bual akan lebih hormat antara satusama lain.

Selain itu, menjaga nada dan intonasi suara dan sopan tetapi tegaskerana sesetengah orang yang ditemu bual akan berfikiran pengkaji tidak ambiltahu dengan jawapan yang dikemukan.Seterusnya, pentingkan penampilan danmengikut kod etika berpakaian untuk mempengaruhi fikiran orang yang ditemu bualapabila responden membuat olahan. Pakai sesuatu yang menampakkan pengkajiseorang yang bagus dan juga pastikan pengkaji menggilap kasut supaya lebihkemas. Jangan membuat sebarang bunyi yang menganggu sesi menemu bual danelakkan membuat sebarang gurauan atau jenaka. Hal ini dapat memastikan pengkajidan responden dapat memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang di dengar danmudah untuk memahami soalan.

Pengkaji akan lebih mudah mendapat informasiberdasarkan soalan yang mereka edarkan. Setelah tamat sesi menemu bualresponden, pengkaji mestilah mengucapkan ribuan terima kasih kerana respondensudi meluangkan masa, memberi kerjasama dan sudi berkongsi maklumat. 3.8 KesimpulanSecara keseluruhan bab ini telahmenjelaskan tentang kegunaan kaedah-kaedah di dalam kajian ini. Bagi mencapaiobjektif kajian serta matlamat kajian, pengkaji perlu memastikan setiapperingkat di dalam kajian dilakukan dengan tertib.    HASIL JANGKAAN            Matlamatutama kajian ini berkaitan dengan keselesaan termal untuk mewujudkan zonselasesa atau julat suhu di mana sebahagian besar penduduknya berasa selesapada suhu tertentu.

Dengan kajian ini, penduduk dapat mengenalpasti tahapkepuasan terhadap keselesaan termal di kawasan kediaman mereka. Juga pendudukdapat mengurangkan masalah seperti kesihatan, tumpuan pada kerja dan wakturehat yang terganggu, serta masalah dari segi fisiologi dan psikologi.Akhir sekali, kajian ini menjangkakantahap keselesaan termal, zon keselesaan termal, tindak balas fizikal, kesanketidakselesaan termal dari segi fisiologi dan psikologi dapat dikenalpasti.Selain itu juga, hasil dapatan kajian ini akan dapat menetukan tahap kualiti hiduppenduduk yang berada di iklim panas lembab ini di mana fokus kawasan Seksyen 1dan Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.  

x

Hi!
I'm Katy!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out