Banyak pekerjaan yang dilakukan oleh
Imam Ahmad untuk menyara hidupnya namun tidak dapat dipastikan kesahihan
pekerjaan tersebut. Akan tetapi Imam Hanbali sangat suka menuntut ilmu. Permulaan
Imam Ahmad dalam menuntut ilmu ialah di Baghdad. Setelah ketika berumur 15
tahun, beliau sudah berani merantau ke Kufah, Basrah, Syam, Yaman dan tempat-tempat
lain untuk menuntut ilmu. Antara tempat yang beliau pergi menuntut ilmu ialah:

1.     
Kufah
: Beliau pergi Kufah pada tahun 183H, dan keluar pada tahun yang sama. Ini
merupakan rehlah beliau yang pertama setelah keluar dari Baghdad. Beliau
berguru dengan Sufyan bin Uyainah. (Al-Turki, 2002M)

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

2.     
Basrah
: Beliau menuntut ilmu di Basrah pada tahun 186H. Dan kali kelima beliau ke Basrah
ialah pada tahun 200H.

3.     
Wasith
: Imam Ahmad menyambung menuntut ilmu ke Wasith pada tahun 186H.

4.     
Makkah
: Beliau masuk ke Makkah pada tahun 187H, beliau berjumpa dengan Imam Syafi’i
di sana. Beliau telah pergi ke Makkah sebanyak 5 kali. Ianya bermula pada tahun
187H, kemudian beliau pergi lagi pada tahun 191H. Kali ketiga beliau
mengunjungi ialah pada tahun 196H, kemudian mengunjungi pula pada tahun 187H,
dan pada tahun 199H beliau keluar dari Makkah.

5.     
Yaman
: Beliau meninggalkan Makkah menuju ke Yaman pada tahun 199H. Beliau dapat mempelajari
hadis daripada Abdul Razzaq. Kemudian ke negara Syam, dan Jazirah untuk menuntut
ilmu daripada ulama di sana.

 

2.6 Kitab-Kitab Penulisan Utama

1.     
Kitab
al-Musnad (Al-Turki, 2002M)

2.     
Kitab
al-`Ilal wa Ma’rifat al-Rijal

3.     
Kitab
al-Zuhd

4.     
Kitab
al-Fada’il Sahabat.

5.     
Kitab
Tafsir.

6.     
Kitab
an-Nasikh wa al-Mansukh.

7.     
Kitab
al-Fara’id.

8.     
Kitab
Hadis Syu’bah.

9.     
Kitab
al-Manasikh al-Kabir.

10. 
Kitab
al-Manasik al-Saghir.

 

2.7 Pujian Ulama Terhadap Imam Ahmad

Menurut Imam
Syafi’i: Selepas aku keluar Baghdad, tiada orang yang aku tinggalkan yang lebih
baik, lebih berilmu, lebih warak melainkan Ahmad bin Hanbal. (Al-Turki,
2002M)
Imam Syafi’i juga berkata : Aku melihat seorang pemuda di Baghdad, apabila dia
berkata : Telah meriwayatkan kepada kami, maka orang-orangnya berkata: Dia
benar. Maka ditanyakanlah kepadanya : Siapakah dia? Dia menjawab :  Ahmad bin Hanbal.

Ibrahim
Al-Harbi berkata: Aku melihat Imam Ahmad. Allah telah mengumpulkan pada diri
beliau, iaitu ilmu orang terdahulu dan ilmu orang sekarang. Malah Ibrahim
Al-Harbi juga berkata: Sa’id bin Al-Musayyab adalah orang alim pada zamannya,
Sufyan At-Tsaur di zamannya, Ahmad bin Hanbal di zamannya.

Selain itu,
Abdullah Bin Abi Daud berkata: Jika kamu mendapati seseorang yang mengasihi
Ahmad bin Hanbal maka ketahuilah orang itu adalah dari ahli Sunnah. Malah, Ali
Al-Madini juga berkata: Sesungguhnya Allah menguatkan agama ini di hari riddah dan
Allah kuatkan agama ini dengan Ahmad bin Hanbal di hari mihnah. (Dahish,
2000M)

Abdul Wahab Al-Waraq
juga berkata: Abu Abdullah ketua kami, beliau seorang yang mantap dalam ilmu. Kalau
aku berdiri dihadapan Allah dan ditanya: Siapa yang kamu ikut? Aku akan katakan:
Ahmad bin Hanbal. Sesungguhnya Abu Abdullah sudah berilmu selama dua puluh
tahun tentang Islam.

x

Hi!
I'm Krystal!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out