Dalam erapembangunan yang maju, pembangunan tanpa limitasi merupakan sesuatu perubahan yangsemakin giat berlaku di negara kita. Kemajuan dalam  sektor perindustrian telah memberi impak negatiftentang sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap bumi kita. Adakahkita ingin membiarkan alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa ini  terjejas semata-mata untuk mengejar kemajuan?             Pencemaran alam sekitar boleh didefinasikansebagai suatu perbuatan yang mengotorkan alam sekitar sehingga bolehmenjejaskan ekosistem di muka bumi.

Pencemaran alam sekitar merupakan satu krisisyang tidak dapat dielakkan oleh sesebuah negara yang maju seperti negara kita sehinggamencalarkan nama negara. Pelbagai projek sosio ekonomi pesat membangun untukmeningkatkan taraf pembangunan negara tetapi sebagai masyarakat, kita tidakpeka serta tidak mengambil berat tentang keburukan dan kesannya terhadap alamsekitar. Kita sebagai penghuni di alam semesta ini, mempunyai tanggungjawabuntuk memastikan kondisi alam sekitar sentiasa berada dalam keadaan yang baikdan indah.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Selain daripada itu, kita perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penjagaanalam sekitar dan memikirkan cara-cara  untuk menambah baik alam sekitar.             Terdapat pelbagai cara pencemaran  boleh berlaku ia hanya terbahagi kepada duajenis. Sebagai penghuni yang bertanggungjawab, kita sepatutnya mengenali tentangbagaimana caranya berlaku pencemaran di bumi kita ini. Antara dua jenis cara pencemaranadalah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semula jadi dan faktor manusia. Pencemaranyang disebabkan oleh faktor semula jadi adalah berlakunya bencana alam sepertiletusan gunung berapi, gempa bumi, dilanda ribut taufan dan lain-lain. Manakalapencemaran oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samadanyasengaja atau tidak antara nya ialah pencemaran udara, pencemaran air, pencemaranbunyi, pencemaran tanah dan sebagainya.

Pencemaran udara berlaku disebabkan gas-gasberacun yang dikeluarkan oleh kilang, zarah-zarah yang terhasil dari asap kenderaaan,asap-asap dari pembakaran secara terbuka dan lain-lain. Pencemaran air terjadiapabila pembuangan air kumbahan, sia-sisa kimia oleh kilang perindustrian,pembuangan sampah ke dalam laut dan sebagainya. Pencemaran bunyi disebabkanoleh bunyi bising yang dihasilkan oleh kilang atau pengangkutan awan dan lain-lain.Pencemaran darat seperti aktiviti pembalakan, pembuangan plastik di meratatempat, pembuangan sisa-sisa kimia dan lain-lain.            Pencemaran plastik merupakan salah satujenis pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh manusia sama ada sengajaatau tidak dan dikategorikan dalam jenis pencemaran darat.

Plastik merupakanbarang  seharian yang sentiasa digunakanoleh orang misalnya plastik digunakan untuk membungkus makanan dan plastik strawdigunakan untuk minuman di tempat makan, plastik beg digunakan semasa membelibarang di kedai walaupun satu barang yang kecil dan banyak lagi. Orang pastitertanya apa masalahnya dengan plastik, kenapa plastic merupakan masalahpencemaran alam sekitar? Masyarakat tidak menyedari bahawa plastik atau barangyang diperbuat daripada plastik mempunyai banyak keburukan dan bukannya semua barangyang diperbuat daripada plastik boleh dikitar semula. Pelbagai jenis plastik digunakandalam kehidupan seharian tetapi bukannya semua orang dapat membezakan jenis-jenisplastik ini dan menggunakannya dengan cara yang betul. Gambar rajah di bawahmerupakan jenis-jenis plastik yang digunakan dalam kehidupan berserta fungsinya.Pembuangan plastik tanpa kawalan merupakan satu faktor yang bolehmenyebabkan pemusnahan alam sekitar.

Plastik menjadi berbahaya kerana iadiperbuat daripada bahan kimia dan sukar untuk dihapuskan. Ia mengambil masa berdekadatau berabad-abad untuk menjadikan sisa plastik lupus sepenuhnya. Banyaknyakesan buruk  plastik ini Cuma kitasendiri yang atau masyarakat sahaja yang tidak ambil tahu tentang keburukannya.Isu-isu berkenaan dengan pencemaran plastik kerap dipaparkan dalam suratkhabar , televisyen dan media sosial. Isu pencemaran plastik merupakan isu globalyang perlu di beri perhatian oleh orang ramai dan isu ini hendaklahdibincangkan,dan difikirkan untuk  ditangani bersama-sama.Salah satu langkah untuk mengatasi masalah pencemaran plastik adalah konsepZero waste.

Konsep zero waste merupakan satu konsep untukmengurangkan sampah atau sisa yang bakal dibuang ke tempat pelupusan. Konsep zero waste menerapkan prinsip 3R iaitu (Reduce, Reuse dan Recycle) dan terhasilnya prinsip 5R iaitu (Refuse, Reduce, Reuse,Recycle dan Rot). Secara mudahnya,konsep ini mendorong kita menolak dan mengurangkan apa yang tidak perlu dalamkehidupan (Refuse), meminimakan sisa lebihan(Reduce), memastikan barang bolehdiguna semula (Reuse), memaksimakankitar semula (Recycle) dan kompos sisamakanan untuk menjadikan baja (Rot).Konsep zero waste ini lebih luas danlebih lengkap berbanding dengan konsep kitar semula ini kerana konsep kitarsemula bermula apabila terdapat sampah manakala konsep zero waste bermula seawal proses penciptaan barangan dan konsep ini melibatkan pihakpengguna, pengeluar dan banyak lagi.Selain daripada konsep zero waste,peranan kerajaan amat penting dalam menangani masalah pemcemaran plastik dinegara ini. Ini kerana pihak kerajaan mempunyai  kuasa untuk membuat keputusan dalam pengurusandan penggunaan plastik.

Contohnya kerajaan boleh membuat pemantauan ke atas agensiyang diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang seperti JabatanAlam Sekitar (JAS) supaya sentiasa peka terhadap pencemaran plastik.            Secara kesimpulannya, kita tidaksepatutnya meletakkan segala masalah di atas bahu kerajaan sahaja. Kita sebagairakyat yang bertanggungjawab seharusnya berganding bahu dengan kerajaan danmemainkan peranan masing-masing untuk menjaga kebersihan alam sekitar. 

x

Hi!
I'm Katy!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out