Pengenalan Dasawarsa ini media sosial semakin berleluasapenggunaannya dalam kalangan masyarakat di dunia.

Media sosial menjadi medankomunikasi utama sebagai alternatif perpindahan maklumat, idea, kefahaman atauperasan antara manusia. Aktiviti komunikasi merupakan aktiviti yang perlu berlakudalam kehidupan kita. Selagi manusia masih hidup selagi itulah keperluan untukberkomunikasi akan terus wujud. Media dan komunikasi adalah dua perkara yangsangat berkait rapat bagi tujuan menyebarkan dan menyalurkan maklumat. Setiapindividu memerlukan media sebagai perantara untuk berkomunikasi dan mendapatkanmaklumat tidak kira sama ada melalui media cetak atau media elektronik. Tujuan kewujudan semua media sosial semestinyaadalah satu iaitu untuk menghubungkan manusia di seluruh dunia. Tujuannya yang penuhkebaikan, tetapi jika di salah guna, media sosial boleh mengancam diri. “Keranaterdapat berita palsu di luar sana sehingga majalah ekonomi minggu ini jugamempersoalkan jika media sosial ancaman kepada demokrasi,” kata YAB Dato’ SeriNajib Tun Abdul Razak1.

Akan tetapi tidak bolehdinafikan bahawa media sosial mempunyai banyak faedah berbanding impak negatif.Jelas bahawa media sosial memudahkan kita berkomunikasi dengan lebih ramaiorang di samping berkongsi maklumat terkini dan mengeratkan hubungan sedia ada.Hal ini mampu memastikan hubungan seseorang itu berkekalan walau sudah lamatidak bertemu ataupun tidak berkomunikasi. Di samping itu, media sosial juga merupakan tempatterbaik untuk kita mengetahui perubahan kehidupan seseorang seperti sudah tamatbelajar, sedang bekerja dimana, sudah berkahwin, mempunyai anak dan banyaklagi. Media sosial jugalah tempat kebanyakan pelajar berbincang hal mata pelajarandan berkongsi pelbagai nota untuk peperiksaan. Malah, terdapat juga yang siapbuat ‘group’ khas untuk diskusi halmata pelajaran. Pendek kata, media sosial sememangnya banyak melahirkan kesanpositif terhadap para penggunanya. Hal inilah yang membuatkan lebih ramaiberminat membuat akaun di beberapa media sosial.

Faedah-faedah tersebut jugalahyang menyukarkan majoriti pengguna untuk berasa bosan dengan media sosial.Tambahan pula ada yang siap berkata semakin hari semakin seronok melayari mediasosial. Walaubagaimanapun, di sebalik kehebatan media sosial yang banyakmemberi kesan positif buat para penggunanya, terdapat juga kelemahan mediasosial yakni impak negatif. Impak negatif ini biasanya hanya berlaku jikaseseorang itu menyalahgunakan media sosial. Media Sosial Penggunaan media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Youtube, Twitter dan Instagramtidak sekadar menjadi tempat sembang kosong tetapi turut menjadi satualternatif untuk menyampaikan maklumat dan mendapat maklum balas di tempatkerja. Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dalam kemas kini status Facebook beliau bahawa pengguna aktiflaman maya terbesar di dunia itu telah mencecah dua billion.

Angka tersebutmerupakan peningkatan dua kali ganda berbanding satu billion yang di capai padaOktober 2012. Dengan dua billion pengguna, Facebookkini mempunyai populasi melebihi satu negara malah mewakili satu perempatpenduduk dunia. Statistik yang dikeluarkan agensi statistik antarabangsaStatista, Amerika Syarikat kekal sebagai negara dengan pengguna Facebook teramai iaitu 219 juta orang,diikuti India (213 juta), Brazil (123 juta), Indonesia (111 juta), dan Mexico(76 juta). Malaysia mempunyai kira-kira 22 juta pengguna Facebook2. Antara aplikasi sosial didunia dan digunakan dengan begitu meluas serta merangkaikan seluruh pendudukdunia ialah aplikasi YouTube yangpenggunanya seramai 1.5 billion, WeChat(889 juta) dan Twitter (328 juta).  Gambar 1 :Laman sosial yang popular di seluruhdunia. Kelebihan Media Sosial Penglibatan media sosial di tempat kerja jugadijadikan sebagai platform kerjasama di antara semua pihak yang membolehkankomunikasi secara pantas tanpa sempadan bagi memastikan keputusan dan mutuperkhidmatan penyampaian adalah berkesan serta tindakan dapat dilaksanakan dengansegera.

Dengan adanya media sosial juga sesuatu urusan kerja menjadi lebihmudah dan menjimatkan masa. Malah media sosial boleh digunakan sebagai saluranmenyampaikan maklumat dan arahan daripada pihak pengurusan tertinggi kepadaanggota di bawah seliaan masing-masing. Tiada kerenah birokrasi yang mengangguurusan kelancaran perkhidmatan kerja. Sehubungan dengan itu, adanya mediasosial yang memberi impak yang positif dari segi kualiti perkhidmatanpenyampaian kerja serta memupuk semangat berdaya saing dan kreatif di kalanganpegawai dan anggota. Malah tiada kedengaran lagi rungutan dan kecaman daripadapelanggan mengatakan mutu penyampaian perkhidmatan kurang efisyen dan lambat.

 Tambahan lagi, penglibatan media sosial dalampekerjaan telah menjadikan ruang peribadi semakin kecil yang mana arahan kerjabukan sahaja diterima di pejabat atau di tempat kerja tetapi juga di rumah.Pegawai atasan boleh memberi arahan kerja dengan lebih mudah melalui aplikasimedia sosial yang dicapai dengan hanya menggunakan telefon pintar sahajawalaupun di luar waktu pejabat atau pun pegawai seliaan tengah bercuti. Pegawaiseliaan begitu sukar untuk mengelak daripada menerima arahan kerana jika arahantidak mendapat maklum balas dan perhatian, persepsi bahawa kemungkinan merekaberhadapan dengan risiko tanggapan negatif daripada pegawai atasan adalahtinggi. “Kita perlu menunjukkan teladan baik atau memimpin usaha bagaimanamenjadikan media sosial sebagai tempat perbincangan membina, sama ada di Facebook, Twitter atau jaringan sosial yang lain.

Sudah pasti, akan adakumpulan kecil yang akan memperjuangkan ideologi dan sikap ekstrim, tetapi iatidak sepatutnya menjadi penghalang bagi kita menyuarakan pandangan bersifatsederhana serta wasatiyyah”, petikan kata-kata oleh YAB Dato’ Seri Najib TunAbdul Razak3. Bahana Media Sosial Meskipun penglibatan media sosial di tempat kerjasangat meluas pengaruh dan kegunaannya tetapi perhatian tentang keselamatanmaklumat amatlah penting. Ketua Pegawai Teknologi Counterpane InternetSecurity di Cupertino, California, Bruce Schneier, berkata beliau memangmenjangkakan gelombang baru masalah tersebut. Beliau menggelarkannya”serangan semantik,” atau serangan ke atas intisari, berbanding seranganterhadap rangkaian komputer itu sendiri4. Serangan semantikmerupakan serangan yang dilakukan dengan memanipulasikan sesebuah kandungan danmengubah maksud asal sesuatu maklumat. Manusia menjadi sasaran serangansemantik.

Antara contoh serangan semantik ialah penyebaran kandungan palsu,khabar angin dan fitnah. Kebelakangan ini, bentuk serangan semantik danserangan siber semakin berleluasa di media sosial. Berbanding dengan mediakonvensional, media sosial meningkatkan lagi keupayaan serangan semantik melaluikelebihan yang mudah untuk digunakan, modal yang jimat, interaksi dan capaiankepada komuniti yang lebih besar pada satu masa dalam waktu yang singkat. Satukerangka perlu diwujudkan segera agar serangan semantik ini dapat dipantausecara berterusan bagi membolehkan tindakan yang pantas diambil. Ini adalahpenting bagi mengelakkan kesan serangan tersebut merebak dengan lebih meluasdalam kalangan masyarakat dan seterusnya mampu membentuk persepsi negatif yangkekal pada mereka. Pensyarah Program Pengurusan Sistem Maklumat Fakulti PengurusanMaklumat, UiTM Puncak Perdana, Dr Masitah Ahmad pula berkata sikap rakyat yangcenderung memilih dan mempercayai ‘bulat-bulat’ maklumat yang disebarkan dalammedia sosial berbanding media arus perdana mengundang pelbagai implikasi negatif5. Fitnah Media Sosial “Jika berita itu benar sekalipun tetapi membawakeaiban kepada seseorang, kita dilarang menyebarkannya apatah lagi jika iapalsu dan fitnah kerana berbohong adalah sifat orang munafik dan dicela olehIslam,” kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad6.

Kebanyakan fitnah dankhabar angin mengenai sesuatu isu yang tersebar luas di media sosial biasanyatidak diberikan maklum balas yang pantas oleh pihak yang menjadi mangsaserangan dan kebiasaannya mengambil masa sehingga beberapa hari untuk menjawabisu tersebut. Hal ini memberikan ruang, masa dan peluang kepada penyerangmenyebarkan dan memainkan isu-isu tersebut berulang kali tanpa ada sebarangpenafian yang boleh meneutralkan fitnah dan khabar angin yang dimainkan. “Kitaanak muda tidak sepatutnya menjadi agen saling memfitnah, saling membenci dansaling menyebarkan keburukan,” kata Ketua Kluster Sains Politik UKM, Datuk Dr.Mohamad Agus Yusoff7.Seperti yang dinyatakan bahawa media sosial merupakan tempat menyebarkan beritaatau isu terkini. Namun begitu, kebiasaannya pengguna akan terus ‘share’ tanpa siasat kebenarannyaterlebih dahulu.

Hal ini menyebabkan ada yang menggelar media sosial sebagaitempat tersebarnya gosip dan fitnah. Padahnya disini ialah ianya mengelirukanramai pihak untuk mengetahui berita mana yang betul dan sahih. “Fitnah lebihkejam dari pembunuhan. Mangsa fitnah, khususnya di media sosial akan menderita,jiwa mereka yang terkena fitnah akan mati, imej tercalar, selain menanggungaib,” kata Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Ruhaidini Abd Kadir8. Sikap seperti ini bolehmenyebabkan hubungan seseorang musnah yang seterusnya mengganggu perjalanankehidupannya. Malah, ada juga berita palsu yang disebarkan yang menyebabkanperpaduan kaum boleh musnah dengan mudah. Apatah lagi media sosial amatlahmudah mempengaruhi minda para penggunanya dengan cepat.

“Satu perkara yangboleh merosakkan persaudaraan dan perpaduan,” kata Pengerusi Biro IT UMNO DatukAhmad Maslan9.Selain itu, adalah seakan-akan lumrah setiap pengguna media sosial untukmeluahkan perasaan mereka di media sosial. Antara yang biasa diluahkan ialah tekananmenghadapi peperiksaan, masalah pembelajaran, kewangan dan juga hubungan.Meluahkan perasaan itu adalah bagus kerana luahan itu boleh mengurangkantekanan dalam diri tetapi jika perasaan itu disalahluahkan, ianya bolehmengancam diri. Misalnya, ada kes penceraian yang berlaku kerana ada yang ‘update status’ di Facebooktentang kebosanan bersama pasangannya. Selain kes penceraian, kes gaduh sesamarakan sekolah juga berlaku hanya kerana salah faham dengan status rakan dimedia sosial. “Tapi jangan lupa kalau menghina orang baikitu tatap muka ataupun di media sosial itu sama sakit hatinya,” kata Chairman Mastel Institute, Nonot Harsonodalam diskusi bertajuk “Telekomunikasi, Media Sosial, dan Kita” diCikini, Jakarta Pusat10.  Bahaya Kepada Keselamatan Bagi sesebuah organisasi ataupun syarikat, mediasosial boleh membuatkan reputasi mereka jatuh.

Ini berlaku apabila ada pekerjamereka yang menyebarkan hal-hal syarikat yang tidak sepatutnya diketahui ramai.Hal ini juga membawa kepada berkurangnya tahap produktiviti seseorang pekerjakerana asyik melayari media sosial semasa waktu bekerja. Sepatutnya merekaperlu memastikan bila bekerja, tidak wajar melayari media sosial mahupun lamansesawang lain kecuali urusan kerja. Jadi perkara ini seharusnya diambil iktibardan menjadi pengajaran yang berguna.

Maklumat yang salah tidak seharusnyadibiarkan begitu sahaja dan tersebar sewenang-wenangnya sehingga mampumengganggu dan menggugat kestabilan ekonomi, keharmonian perpaduan, politik,sosial dan keselamatan negara. “Hentikanlah penyebaran sesuatu maklumat yangsekarang ini begitu mudah menjadi viral di internet disebabkan ketidakcaknaanmasyarakat dalam memastikan kesahihan maklumat tersebut,” kata Timbalan MenteriKomunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari11. Media sosial haruslahsentiasa dipantau penggunaanya agar tidak berlaku kebocoran maklumat rasmi danpenting yang boleh menjejaskan imej dan kepentingan sesuatu organisasi.Keselamatan arahan dan maklumat penting harus dititikberatkan kerana mediasosial boleh menjadi sebagai saluran untuk menyebarkan maklumat yang telahbocor dalam hanya beberapa saat sahaja boleh dibaca di banyak tempat. Dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM),perkara-perkara sebegini perlu diberi perhatian yang serius kerana apa sahajapembongkaran atau pendedahan berkaitan ketenteraan yang dilakukan oleh anggotamungkin menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Penulisan yang bolehdianggap sulit untuk Angkatan Tentera Malaysia perlu dielakkan. SewajarnyaAngkatan Tentera Malaysia di bawah badan yang sewajarnya tampil dengan garispanduan yang khusus berkaitan perkara ini untuk menjadi panduan anggota dalammenggunakan laman sosial dan internet. Oleh yang demikian pemantauan penggunaanmedia sosial juga adalah perlu bagi memastikan tiada kebocoran maklumat sulitserta memastikan pengaliran maklumat yang betul, tepat, telus berhemah danmemberi impak yang positif.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengambillangkah proaktif dengan melancarkan kempen ‘Hindari Salah Guna Media Sosial’yang bertujuan mengekang penyalahgunaan media sosial yang semakin berleluasakebelakangan ini. Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad KamarulzamanAhmad Badaruddin berkata, kempen itu dilancarkan berikutan pihaknya bimbangdengan ketagihan masyarakat pada masa kini yang gemar menghabiskan banyak masadi media sosial tanpa menyedari impak negatif yang bakal diperoleh daripadasikap tersebut12.  Gambar 2 : Laksamana Tan Sri Ahmad KamarulzamanAhmad Badaruddin ketika melancarkan Kempen Hindari Salah Guna Media Sosial. Aplikasi Permainan Dan Blog Selain itu juga, kawalan penglibatan media sosial ditempat kerja perlu dibuat bagi memastikan semua pegawai mematuhi peraturan-peraturan bekerja sedia ada. Ini kerana media sosial berpotensi menyebabkankerja hakiki terbengkalai dan tidak siap pada waktu yang ditetapkan. Malah masayang digunakan untuk bekerja telah dicuri semasa menggunakan media sosial dalamjangka yang lama.

Pemantauan penglibatan media sosial di tempat kerja perlubagi memastikan semua pegawai berada di landasan yang betul serta menggunakanwaktu bekerja sebaik-baiknya. Penggunaan laman media sosial yang terlampau lamamelahirkan masyarakat yang leka dan lalai serta pembaziran masa di tempatkerja. Contohnya aplikasi permainan dan blog.

Terdapat ramai pengguna laman sosialmenjadi ketagih dengan aplikasi permainan seperti Mobile Legend, Clash Of Clan, Pokemon Go, Guns Of Boom dan Alphalt 8 Airborne. Ianya seolah-olahmenjadi satu kerugian kepada mereka sekiranya meninggalkan permainan tersebut.Ianya secara terang menyebabkan berlakunya pembaziran masa. Kepelbagaianaplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampumenarik minat pengguna laman sosial tersebut. “Permainan Pokemon Go menggunakan GPS dan teknologi yang mana pemain menggunakankamera telefon untuk melihat dan merekod setiap benda termasuk lokasi mereka.

Kalau maklumat itu bocor ia boleh mengundang bahaya,” kata Prof. Madya Dr. NorAzman Ismail, Pengarah WEB UTM13.

Menteri Belia dan Sukan,Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai agar tidak lalai ketika bermainpermainan yang menjadi kegilaan ramai, PokemonGo14. Kurangnya fahaman tentangtujuan asal media sosial adalah punca utama penyalahgunaan media sosial.Penyalahgunaan media sosial yang membawa implikasi negatif kepada para penggunamenyebabkan semakin banyak pihak mengatakan bahawa media sosial patutdiharamkan terutamanya buat anak-anak muda dan pekerja awam dan swasta. Antarayang patut dielakkan oleh pengguna media sosial ialah berjam-jam melayari mediasosial sehingga urusan yang lebih penting dilaksana, tergendala. Perkara inilebih dikenali sebagai fanatik media sosial yang ubatnya ialah diri sendirisahaja. Tak salah untuk fanatik dengan media sosial tetapi haruslahberjaga-jaga dengan memastikan urusan yang lebih penting tidak tergendala.

Jikadapat mengawal tahap fanatik, ianya menunjukkan bahawa kita hebat dalammenguruskan kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasaseronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Masadiluangkan dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.            Gambar3 : Antara aplikasi permainan yang digilai pengguna laman sosial.

 Ancaman Media Sosial Abad ke 21 menyaksikan video dan media sosialmenjadi senjata perang saraf terbaru kumpulan militan untuk membina pengaruh,pengrekrutan dan mengukuhkan ideologi mereka di rantau ini. “Langkah awal yangdiambil oleh penganas ini adalah dengan mendekati individu yang mempunyaimasalah menerusi laman sosial Facebooksebelum bertukar nombor telefon untuk meracuni fikiran mereka,” kata KetuaPenolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk AyobKhan Mydin Pitchay15. Selain itu, video danmedia sosial juga digunakan sebagai instrumen untuk membuat ancaman terhadapnegara-negara yang tidak bersetuju dengan kewujudan mereka. Kesannya, Malaysiakini di ambang kebimbangkan ekoran ancaman demi ancaman dari kumpulan militanAsia Tenggara seperti Islamic State in Iraq and Al Sham (ISIS) yang jugadikenali sebagai Ad Dawla Al Islamiyyah Fi Iraq Wa Ash Sham (DAESH) yang mahirmenggunakan teknologi maklumat dan media sosial untuk memenangi peperanganideologi. Langkah keselamatan yang ketat sentiasa menjadi keutamaan kerajaanMalaysia untuk memastikan keadaan terkawal.

Keupayaan kumpulan militan DAESHdalam melancarkan perang saraf menggunakan video dan media sosial ke atas rakyatdan kerajaan Malaysia mencetuskan dua tujuan berbeza iaitu pengaruh dan ancaman.Penyebaran maklumat dalam bentuk video di media sosial menjadi cabaran barukepada kerajaan Malaysia walaupun kita menguasai keseluruhan agensi berita.Analisis laporan berita terkini menjadi punca rujukan utama yang terkini. Bukudan jurnal berwasit juga telah digunakan bagi mengukuhkan kredibilitikandungan. Kesimpulannya Malaysia masih lagi mencari formula, model dan pelan alternatifyang sesuai bagi membasmi ancaman video DAESH yang bermaharajalela di mediasosial. Tonggak utama kepada punca ancaman ini masih belum dapat dipatahkanoleh agensi bersenjata dan undang-undang sedia ada kerana pusat media yangmenghasilkan video DAESH tidak berada di Malaysia sebaliknya berada di kawasankonflik seperti di Iraq dan Syria. Angkatan Tentera Malaysia memandang seriussetiap ancaman keganasan terutamanya ancaman terkini dari kumpulan militan DAESHatau ISIS.

Pelbagai usaha dan tindakan telah dilakukan oleh pelbagai pihak yangterlibat dalam usaha mengekang elemen-elemen ekstremisme dan radikalisme darimenular dalam negara Malaysia. Kesimpulan Konklusi yang dapat disimpulkan kali ini ialah mediasosial boleh diumpama seperti pisau, ada baik dan buruknya. Apa yangdimaksudkan ialah pisau jika diguna secara betul seperti memotong bawang danmenyiang ikan adalah dibolehkan kerana itulah tujuan sebenar pisau. Namun, jikaianya disalah guna seperti menyebabkan kecederaan seseorang, itulahmendatangkan implikasi buruk. Samalah juga dengan media sosial, jika disalah guna,sudah pasti implikasi negatif akan mengancam para pengguna.

Justeru itu,sama-samalah kita beringat untuk menggunakan media sosial dengan cara yangbetul yang akhirnya mampu memberi manfaat dan faedah buat semua. Media sosialtelah menjadi media baru sebagai saluran penghebahan maklumat dan memberiarahan di semua sektor pekerjaan. Malah media sosial berperanan penting dalampenyampaian maklumat utama program-program dan dasar-dasar sesuatu organisasiamnya Angkatan Tentera Malaysia dan khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia.  Oleh yangdemikian, semua pihak haruslah sama-sama melangkah ke hadapan lagi bagimemanfaatkan penggunaan media sosial pada masa-masa akan datang. Kekebalansistem pertahanan negara bukan sahaja perlu dilihat daripada sudut ketenteraan,malah negara juga perlu sentiasa bersiap sedia untuk menangkis sebarangserangan siber.

Aspek keselamatan siber ini amat penting dititikberatkan keranadalam dunia tanpa sempadan, sebarang ancaman dan serangan terhadap negara bolehdilakukan beribu-ribu batu jauhnya. Oleh kerana itu, masyarakat hendaklahsentiasa peka dengan isu keselamatan siber kerana penggunaan internet kinitelah menjadi sebahagian rutin dan gaya hidup serta keperluan dalam mencarimaklumat dan melakukan tugasan harian.(2745 patah perkataan)1 Khairil Ashraf.

(08/11/2017). Diambildaripada http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/08/najib-mahu-pengguna-media-sosial-adil-bertanggungjawab/2 Nizam Bakeri, Astro Awani. (28/06/2017).Diambil daripada http://www.

google.com/amp/www.astroawani.com/berita-teknologi/pengguna-facebook-kini-cecah-dua-billion-147597%3famp=13 Stephen @ AlexiousGidin. (22/11/2010). Dipetik daripada https://akhbardalamweb.blogspot.

my/2010/11/isi-kandungan-yang-baik-di-fb-lebih.html?m=14 Utusan Malaysia.(28/09/2001). Dipetik daripada http://www.cybersecurity.my/en/knowledge_bank/news/2001/main/detail/1099/index.html5 Erda Khursyiah Basir.

(02/01/2018). Dipetikdaripada http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsperspectives.php?id=13092756 Yasmin Ahmad Zukiman.

(02/01/2018). Dipetikdaripada http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsperspectives.php?id=13392957 Mohammad Mirzan bin Abdul Majid.(27/09/2017). Dipetik daripada http://www.sinarharian.

com.my/mobile/karya/pendapat/two-sides-of-a-coin-menangani-fitnah-media-sosial-1.7359888 Wartawan Sinar Harian. (29/09/2017). Dipetikdaripada http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/jangan-mudah-terpengaruh-dengan-fitnah-media-sosial-1.

7366769 Bernama. (06/12/2017). Dipetikdaripada http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/najib-lancar-kempen-perangi-fitnah-media-sosial10 Kantor Berita RMOLSumsel.

(26/11/2016). Dipetik daripada http://m.rmolsumsel.com/news.php?id=6151611 Bernama.

(28/03/2015). Dipetikdaripada http://kkmm.gov.my/indek.

php?option=com_content&view=article&id=8448:&catid=118:&ltemid=254&lang=ms12 Kempen Hindari Salah Guna MediaSosial. (02/02/2017). Dipetik daripada http://www.utusan.com.my/mobile/gaya-hidup/wira/tldm-hindari-salah-guna-media-sosial-1.43939313 Amizul Tunizar Ahmad Termizi.

(14/08/2016).Dipetik daripada http://m.utusan.com.my/rencana/benarkah-pokemon-go-bahaya-1.37020714 Raziatul Hanum A.

Rajak. (09/08/2016).Dipetik daripada http://www.sinarharian.

com.my/mobile/nasional/pokemon-go-kj-pesan-jangan-lalai-1.55046015 Nadia Shaiful Bahari.

(03/05/2017). Dipetikdaripada http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/05/03/militan-media-sosial/

x

Hi!
I'm Katy!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out